Consumer Products Times
SEE OTHER BRANDS

Your top news on consumer products

CGTN: Perkembangan Terbaharu Mengenai Sumbangan Ditentukan Secara Nasional (NDC) 2035 China

Artikel terbitan CGTN menggariskan Sumbangan Ditentukan Secara Nasional (NDC) 2035 China serta bagaimana negara itu terus memacu tadbir urus iklim global melalui inisiatif tersebut. Ia menerokai sasaran NDC China untuk dekad seterusnya dan menghuraikan kemajuan domestik negara itu dalam perlindungan ekologi, serta usaha jangkauan kepada negara membangun—mencerminkan komitmen menyeluruh Beijing dalam memupuk pembangunan hijau global dan ketahanan iklim.

BEIJING, Sept. 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Presiden Xi Jinping pada hari Rabu membentangkan Sumbangan Ditentukan Secara Nasional (NDC) 2035 China, dengan komitmen untuk mengurangkan pelepasan bersih gas rumah kaca di seluruh ekonomi sebanyak 7 hingga 10 peratus daripada paras puncak. Selain itu, China berhasrat meningkatkan kapasiti terpasang tenaga angin dan solar kepada lebih enam kali ganda berbanding paras tahun 2020, dengan sasaran jumlah keseluruhan mencecah 3,600 gigawatt.

“Marilah kita semua memperhebatkan tindakan untuk merealisasikan visi indah keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, serta memelihara planet Bumi – tempat yang kita panggil rumah,” kata Xi dalam ucapan video beliau kepada Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025.

Apakah yang baharu?

Pada tahun 2020, Presiden Xi menetapkan sasaran iklim yang bercita-cita tinggi dengan mengumumkan bahawa China akan berusaha mencapai kemuncak pelepasan karbon dioksida sebelum 2030 serta mencapai neutraliti karbon sebelum 2060.

Sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, China telah giat meneruskan usaha penyerapan karbon, memperluas sistem perdagangan karbonnya dan memperkukuh peralihan kepada tenaga bersih. Menjelang akhir Ogos 2025, pasaran karbon nasional China telah mencatatkan jumlah dagangan tertinggi sebanyak 189 juta tan dengan nilai transaksi mencecah 18.1 bilion yuan (kira-kira $2.54 bilion). Tahun 2024 pula menandakan pencapaian paling kukuh sejak pelancarannya pada 2021. Laporan yang dikeluarkan pada hari Rabu menekankan bahawa pasaran tersebut telah membantu mengurangkan intensiti karbon dalam sektor tenaga sebanyak 10.8 peratus pada tahun 2024 berbanding paras tahun 2018, sekali gus memperkukuh peranan mekanisme pasaran dalam mendorong peralihan hijau dan usaha pengurangan pelepasan China. Pada tahun lalu, China memperkenalkan pasaran nasional untuk perdagangan pengurangan sukarela pelepasan gas rumah kaca, sebagai sebahagian daripada strategi memperluas rangka dasar dalam merealisasikan aspirasi dwikarbon negara.

Xi turut menekankan peranan penting persekitaran ekologi yang baik dalam menyokong pembangunan jangka panjang China dan telah lama memberi perhatian terhadap pemulihan tanah serta usaha penghijauan. Dari tahun 2012 hingga 2024, keluasan penghijauan China adalah bersamaan lebih dua kali ganda saiz negara Jerman.

Usaha penghijauan ini memperkukuh pencapaian menyeluruh dalam sistem ekologi. Pada tahun 2024, sebanyak 222 bandar di China berjaya memenuhi piawaian kualiti udara. Di bandar-bandar peringkat wilayah dan ke atas, paras pencemaran PM2.5 menurun kepada 29.3 mikrogram bagi setiap meter padu. Selain itu, 87.2% daripada hari dalam setahun mencatatkan kualiti udara yang baik.

Untuk dunia yang lebih baik

“Negara-negara perlu menghormati prinsip tanggungjawab bersama tetapi berbeza, di mana negara maju harus memimpin dalam memenuhi kewajipan pengurangan pelepasan dan memberikan lebih banyak sokongan kewangan serta teknologi kepada negara membangun,” kata Xi dalam ucapannya pada hari Rabu.

Sejak tahun 2016, China telah memobilisasi lebih 177 bilion yuan bagi menyokong negara-negara membangun dalam pelaksanaan tenaga bersih, penyesuaian iklim dan pengukuhan ketahanan terhadap perubahan iklim. Secara keseluruhan, China telah menandatangani 54 perjanjian kerjasama iklim dengan 42 negara membangun.

Di Afrika sahaja, China telah membantu melaksanakan ratusan projek tenaga bersih dan rangkaian elektrik. Antaranya ialah loji kuasa solar Garissa di Kenya yang membekalkan tenaga kepada kira-kira 70,000 isi rumah, sekali gus mengurangkan sekitar 43,000 tan pelepasan karbon dioksida (CO2) setiap tahun. China turut menyokong projek ikonik lain, termasuk ladang angin De Aar di Afrika Selatan serta projek hidroelektrik di Rwanda.

Selain infrastruktur, China juga telah menyediakan khidmat rundingan teknikal, pembangunan kapasiti dan alat satelit untuk mempertingkatkan ketahanan iklim. Pada bulan Januari 2022, ketika Tonga dilanda letusan gunung berapi yang dahsyat, satelit HISEA-1 milik China telah menawarkan sokongan penderiaan jauh bagi pengurusan kecemasan.

Memandang ke hadapan, China berhasrat untuk memperkukuh kerjasama pelbagai hala dalam tadbir urus iklim global. Matlamat yang dinyatakan adalah untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama bagi seluruh umat manusia dalam menghadapi risiko iklim serta bekerjasama rapat dengan semua negara untuk menangani cabaran mendesak yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana negara secara bersendirian.

“Dunia kini berdepan dengan permintaan besar terhadap pembangunan hijau. Adalah penting bagi negara-negara memperkukuh koordinasi antarabangsa dalam teknologi dan industri hijau, bagi menangani kekangan kapasiti pengeluaran serta memastikan aliran bebas produk hijau berkualiti di peringkat global, agar manfaat pembangunan hijau dapat dinikmati di seluruh dunia,” kata Xi dalam ucapannya.

https://news.cgtn.com/news/2025-09-25/What-s-new-about-China-s-2035-Nationally-Determined-Contributions-1GWru6zIHao/p.html


Hubungi:
CGTN
cgtn@cgtn.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions